www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Thursday, June 16, 2011

10 DIANTARA MANUSIA YANG MEMILIKI KEMAMPUAN ANEH SERTA UNIK DI DUNIA

Manusia di ciptakan Allah pada umumnya memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun 10 orang ini diberikan kelebihan dengan kemampuan uniknya tersendiri. 
1. Otak Luar Biasa (Daniel Paul Tammet)
Daniel Paul Tammet adalah orang yang berbakat dengan kemampuan yang luar biasa pada pengiraan matematis, ingatan memori dan pembelajaran bahasa dunia. Ia dilahirkan dengan kelebihan epilepsi. Beliau berkata, setiap angka 0 hingga 10,000 masing - masing mempunyai 'rasa dan bentuk' yang unik, sehingga ia dapat 'merasakan' sama ada sesuatu angka itu termasuk nombor yang utama ataupun campuran. Sebagai contoh, ia mengatakan bahawa angka 289 adalah angka yang jelek, angka 333 menarik.
Tammet memegang rekod sebagai orang yang 'memproses' dan menghitung nilai angka sehingga 22,514 hanya dalam waktu lima jam. Dia juga mampu berbicara dalam pelbagai bahasa, termasuk Inggeris, Perancis, Finland, Jerman, Sepanyol, Lithuania, Romania, Estonia, Welsh, dan Esperento. Khususnya, dia menyukai Bahasa Estonia kerana kaya dengan huruf hidup. Tammet mampu mempelajari bahasa baru dengan sangat cepat. Untuk membuktikannya, Tammet dicabar Channel Five (sebuah saluran TV) untuk mempelajari Bahasa Iceland hanya dalam 1 minggu. 7 hari kemudian, Tammet muncul di televisyen Iceland dan berbicara dalam Bahasa Iceland. Sehinggakan pengajar bahasa yang mengajar Tammet mengatakan bahawa Tammet 'manusia yang bukan seperti manusia'.
2. Manusia Dengan Pengelihatan Sonar (Ben Underwood)
Ben Underwood itu buta, kedua-dua matanya telah rosak kerana kanser. Ketika itu ia berusia 3 tahun. Namun dia bermain basket ball, bermain basikal dan menjalani kehidupan yang cukup normal seperti manusia normal. Dia melatih dirinya untuk menggunakan gelombang sonar untuk bernavigasi di seluruh dunia, tanpa panduan anjing untuk membantunya, tanpa tangan untuk meraba - raba, tetapi ia hanya menggunakan SUARANYA! Ben menghasilkan suara yang kemudian memantul pada suatu benda dan pantulan suara itu kembali pada dirinya. Dia satu - satunya orang di dunia yang melihat menggunakan suara sonar seperti ikan lumba - lumba, kapal laut dan kelawar.
3. The Rubberboy (Daniel Smith Browning)
Lima kali pemegang Guinness Record, The Rubberboy (manusia lentur) adalah manusia yang paling lentur, ia mampu melakukan gerakan - gerakan yang sukar dilakukan manusia biasa, seolah - olah ia tidak mempunyai tulang di dalam badannya. Dia telah banyak kali tampil dalam acara The Tonight Show with Jay Leno, ESPN 's Sports Center, Oprah Winfrey, Ripley' s Believe It Or Not, arena du Soleil, Best Damn Sports Show Period, The Discovery Channel, Men in Black 2, HBO 's Carnivale, dan CSI : NY. Dia mampu memasukkan badannya dari kaki hingga ke kepala hanya melalui raket tenis! Dia juga mampu melakukan gerakan - gerakan yang aneh dan senam badan yang unik.
4. Mister "Eat-it-All" (Michel Lotito)
Michel Lotito atau dikenali dengan Mister Eat it All. Terkenal dengan keanehannya, iaitu mampu memakan benda - benda yang asing untuk dimakan. Lotito mampu memakan logam, kaca, getah, dan sebagainya. Bahkan ia juga mampu memakan barang - barang seperti basikal, televisyen dan sebuah KAPAL CESSNA 150! Ia memerlukan masa kira-kira 2 tahun untuk memakan sebuah Cessna 150, dari 1978 sampai 1980.Walaupun demikian, Lotito jarang menderita sakit. Rupanya, dia memiliki usus dan perut yang lebih tebal dindingnya.
5. Manusia Dengan Gigi Yang Luar Biasa Kuat (Rathakrishnan Velu)
Pada tarikh 30 Ogos 2007, sehari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50, Rathakrishnan Velu (atau dikenal dengan Raja Gigi) memecahkan rekod dunia atas namanya sendiri untuk menarik keretapi dengan gigi, kali ini dengan 6 gerabak dipasang, berat 297 tan, dan sejauh 2.8 meter di Kuala Lumpur Old Railway Station. Raja Gigi pernah belajar teknik memperkuat salah satu bahagian tubuhnya dari guru di India pada usia 14 tahun.
6. Manusia Magnet (Liew Thow Lin)
Liew Thow Lin (70), seorang kontraktor di Malaysia, pernah menjadi sorotan berita kerana menarik sebuah kereta dari jarak 20 meter. Ia mengatakan bahawa ia mempunyai kemampuan untuk membuat sebuah benda melekat secara magnetik ke kulit. Ceritanya bermula ketika ia terbaca artikel tentang sebuah keluarga di Taiwan yang gila kuasa. (Mungkin) ia menjadi geram dan mengambil beberapa besi dan ia letakkan di perut. Dan ia terkejut, semua benda melekat pada kulitnya dan tidak terjatuh. Keanehan ini juga dimiliki 3 anaknya dan 2 cucunya.Ternyata keanehan ini turun temurun.
7. Manusia Yang Tidak Tidur (Thai Ngoc)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1XMl50COUgMVaIYdtqQ5auWxtRwNhi-fHgxyqyZVsshph4AenMjaEaUKruNclS8TpHYevnOskUg-JLWm30gJ4ia8ljcv_v-COsVAvWREXUoYO0qNKUA4syG-dDw9sOzjybb58hf1W1jRL/s400/a260_ngoc.jpg
Thai Ngoc, yang dikenal sebagai Hai Ngoc, mengatakan ia tidak boleh tidur di malam hari setelah menderita demam pada tahun 1973, dan telah lebih dari 11,700 malam ia lalui tanpa tidur. Tapi saya tetap sihat dan boleh bertani secara normal seperti yang lain. Ngoc hidup pada ketika ini menguruskan  tanah di kaki gunung, sibuk dengan pertanian dan memelihara babi serta ayam setiap hari.
8. Raja Penyiksaan (Tim Cridland)
http://sitik.files.wordpress.com/2010/02/tim-cridland.png
Tim Cridland tidak merasakan sakit seperti orang kebanyakan. Ia mengagumkan semua orang dengan memasukkan jarum ke dalam lengannya tanpa sakit. Ujian saintifik menunjukkan bahawa Tim dapat menahan lebih banyak rasa sakit daripada manusia biasa. Ia juga mampu membuat jarum menembusi tubuhnya tanpa luka.Tapi, untuk melakukannya dengan selamat, dia juga mempelajari anatomi manusia, kerana jika ia menusuk saluran arteri akibatnya boleh mengakibatkan kematian.

9. The Lion Whisperer (Kevin Richardson)
http://i.telegraph.co.uk/multimedia/archive/01364/kevinRichardson_li_1364837c.jpg
Penyelidik tingkah laku binatang, Kevin Richardson, berkata ia memakai insting untuk menenangkan hati dan membentuk ikatan intim dengan singa. Ia dapat menghabiskan semalaman penuh dengan singa tanpa sedikit pun merasa takut akan diserang. Instingnya tidak hanya bekerja pada singa, tapi juga pada binatang lain seperti Cheetah dan Hyena. Mereka tidak menjadi ancaman bagi Kevin. Singa adalah binatang kegemarannya. Ini adalah pekerjaan yang berbahaya, tapi Kevin sangat bersemangat menjalaninya.
10. Manusia Dengan Mata Terkeluar (Claudio Pinto)
http://www.sorensenmediagroup.com/bigshow/uploaded_images/eye_popper-773784.jpg
Claudio Pinto boleh membuat kedua-dua matanya terkeluar hingga 4 cm atau 'mengeluarkan' 95% dari keseluruhan bola matanya. Dia sekarang sedang mengejar rekod dunia. Pinto telah diuji berulang kali dan semua doktor mengatakan mereka tidak pernah melihat ada orang yang boleh melakukan sehebat Pinto. Pinto yang berasal dari Belo Horizonte, berkata: "Ini adalah cara mudah menghasilkan wang. Saya dapat mengeluarkan biji mata hingga 4 cm dan ini adalah hadiah dari Tuhan, saya merasa diberkati". 


sumber : infokita

No comments:

Post a Comment