www


widgeo.net

APA YANG MENARIK?

Thursday, September 15, 2011

MARI PELAJARI SERBA SEDIKIT MENGENAI JENIS-JENIS LAMPU KEDIAMAN ANDA


Tahukah Anda? : Jenis-jenis Lampu Di Kediaman Anda

Fungsi Lampu

Lampu adalah elemen utama bagi pencahayaan. Sebelum memilih sumber pencahayaan, pemahaman tentang terminologi asas mampu menerangkan output lampu seperti berikut:

Suhu Warna:

Sumber cahaya dengan penampilan 'warm' seperti penggunaan lampu tungsten biasa menurut istilah teknikal iaitu mempunyai suhu warna 3000 deg.K. Istilah biasa lebih dikenali sebagai cahaya sederhana kuning atau 'warm white'. Suhu warna boleh mencapai sehingga 6000 deg.K. Ia lebih dikenali sebagai 'cahaya siang' atau 'white light'. Terdapat juga suhu warna di antara 3000 deg.K  ke 6000 deg.K, contohnya 4000 deg.K. Suhu warna ini dikenali sebagai 'intermediate warm white'.

Tindak Balas Warna:

Tindak balas warna mampu menyediakan warna sebenar dan memberi karakter pada sesuatu objek. Contohnya untuk menghasilkan hiasan dalam yang terbaik, hanya jenis lampu terbaik digunakan bagi menghasilkan spektrum warna yang penuh di ruang. Terdapat beberapa jenis lampu, iaitu:

a. Lampu Tungsten atau GLS

- Adalah jenis lampu yang biasa digunakan. Disediakan hanya untuk karakater warna 'warm white'. Dalam hiasan dalaman penggunaan lampu jenis ini masih diguna pakai kerana menyediakan tindak balas warna terbaik. Namun lampu jenis ini tidak menggunakan tenaga elektrik dengan efisyen dan tidak tahan lama.


Jenis Lampu Tungsten dan GLS

b. Tungsten Halogen

- Adalah jenis lampu tungsten moden. Mempunyai keupayaan tindak balas warna yang baik. Bezanya ialah ia menyediakan output cahaya berlebihan dan jangka hayat lebih lama berbanding lampu tungsten. Ia didatangkan dalam pelbagai saiz dan boleh disesuaikan dengan elemen pencahayaan moden.

Lampu dari jenis Tungsten Halogen

c. Fluorescent

- Mentol Fluorescent adalah merupakan sumber kuasa cahaya yang lebih efisyen. Hadir dalam pelbagai pilihan suhu warna, sama ada 'warm white' atau 'daylight'. Selalunya digunakan untuk hiasan dalaman terutamanya di bahagian siling berlekuk dan pada bahagian belakang dinding fokus.

Rajah Keratan Lampu Jenis Fluorescen
Tiub Fluorescent


d. Compact Fluorescent

- Versi kompak daripada mentol fluoresent yang hadir dalam pelbagai saiz untuk disesuaikan dengan pencahayaan moden. Ia merupakan sumber kuasa cahaya efisyen bersama suhu warna melalui 'warm white' dan 'daylight'. Namun demikian, tindak balas cahaya lampu jenis tungsten dan halogen adalah lebih baik berbanding jenis kompak fluorescent.

Lampu Jenis Kompak Fluorescent

e. Discharge Lamp

- Lampu jenis ini adalah lebih relevan digunakan dalam sektor rekaan lampu professional seperti pencahayaan sesebuah bangunan, lobi, ruang komersial atau taman.

Lampu Jenis Discharge
kredit : emesengineering

No comments:

Post a Comment